Tuesday, March 3, 2009

Ketam Masak Lemak Nenas



Ketam masih dalam kuali baru siap dimasak....
Bahan-bahan:-

1 kg ketam-potong 2
*2 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*6 biji bawang merah
* 3 sudu besar cili kering yg diblended
*2 inci halia
2-3 btg serai diketok
1/2 biji nenas yang diperolehi daripada Mata Ayer Perlis/ 1 tin nenas dlm tin
1 1/2 pkt santan
garam (ikut rasa),asam keping sekeping

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan ketam, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan masukkan nenas . kalau guna nenas dlm tin tidak perlu lama mendidih.

gambar dan resipi daripada - http://mamasya.fotopages.com/?entry=1365079
terima kasih banyak2 kepada
Mama sya

3 comments:

rahmansofy said...

sedap giler ni. Bila nak jemput aku pekena sekali kat rumah tn hj

Johari Mohd said...

..cikgu, tang bahasa tu kena jaga sikitt..di'ketok' tu sesuai hanya untuk zaman P ramlee dulu..tang 'blender' tu, boh la dikisar..(sebut utara 'dikisaq')...(oh bahasa ibundaku..)

comments by Joe

Matt Pitt said...

terima kasih di atas komen hampa...
resipi tu aku plagiat orang punya... mana aku nak tau bab masak2 nih...