SURAT PERJANJIAN SEWA TANAH
BERTARIKH ____ MAC 2009
Pejanjian ini adalah di antara (No. IC ) dan selepas ini di panggil sebagai PEMILIK TANAH dan ……………………..(No. IC ) selepas ini di panggil sebagai PENYEWA TANAH .
Dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa pihak PEMILIK TANAH menerima sejumlah RM SAHAJA wang tunai pada MAC 2009 daripada PENYEWA TANAH sebagai sewa kepada tanah yang berkeluasan ___________ di alamat
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
PEMILIK TANAH bersetuju dan berjanji untuk membenarkan PENYEWA TANAH menggunakan tanah seperti tersebut di atas untuk apa-apa tujuan pertanian berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dibawah, selama 2 tahun bermula daripada 2009 sehingga 2011. Semasa tempoh perjanjian, PEMILIK TANAH tidak berhak untuk mencampuri apa-apa urusan di atas tanah tersebut atau membatalkan perjanjian ini.
Syarat-syarat yang dipersetujui bersama adalah:-
- PENYEWA TANAH tidak akan mengorek mana-mana bahagian untuk tujuan kolam dan menyebabkan kerosakan ke atas tanah tersebut.
- PENYEWA TANAH tidak bertanggungjawab untuk memasang pagar di atas tanah tersebut.
- PENYEWA TANAH tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian ke atas PEMILIK TANAH akibat penyewaan tersebut.
- PEMILIK TANAH tidak akan membuat jualan atau pindah milik ke atas tanah tersebut semasa tempoh perjanjian ini berlangsung.
- Jika terma ke-4 dilanggar, TUAN TANAH mestilah membayar ganti rugi dan kos yang telah dilaburkan ke atas tanah tersebut.
- PENYEWA TANAH tidak menebang mana-mana pokok kekal seperti yang diminta oleh tuan tanah dalam perjanjian ini, jika ada:-……………………………………………………………
- PENYEWA TANAH akan membersihkan tanah apabila tamat tempoh penyewaan.
- PENYEWA TANAH dibenarkan menyambung semula perjanjian ini dengan penambahan wang tunai berdasarkan tempoh lanjutan sewaan.
Demikianlah dengan persetujuan kedua-dua pihak mengikut syarat-syarat yang tersebut di atas dan masing-masing menurunkan tandatangan dibawah ini di hadapan saksi.
TANDATANGAN PEMILIK TANAH TANDATANGAN PENYEWA TANAH
……………………………… …………………………………..
( ) ( )
IC:- IC:-
TANDATANGAN SAKSI TANDATANGAN SAKSI
……………………………. ………………………………
IC:- IC:-