Tuesday, April 14, 2009

Tat Nenas Mata Ayer



MATA AYER PINEAPPLE ENT.
mengorak langkah dalam mempelbagaikan produk hasilan nenasnya. Kini pengemar-pengemar nenas boleh membeli tart nenas yang di buat oleh Kak Azizah, Jiran Tn. Hj. Ismail di Changkat Lada, Perlis. Jem nenas untuk tart tersebut diperbuat daripada nenas2 yang ditanam di sekitar Mata Ayer, Perlis dan dibekalkan oleh Mata Ayer Pineapple Ent.

Berikut adalah resipi yang dicopy daripada wordpress amisah(sila click pada nama beliau untuk resipi selanjutnya)

Posted on September 17, 2008 by amisah

Bahan-bahan doh:
1 biji butter (250gm)
4 cawan tepung super fine (goreng dahulu)
3 s/b minyak sapi QBB

Bahan-bahan Jem nenas:
2 biji nenas sederhana besar yang dibeli dari Mata Ayer Pineapple Ent .
1 cawan gula

cara buat jem nenas
Kupas nenas dan buang mata. Blend (campur air sikit, cukup-cukup supaya blender bole pusing jak). Masakkan nenas yang telah di blend dalam periuk sampai kering (sebaik-baiknya gunakan periuk non-stick supaya ndak payah selalu kena tunggu depan dapur, dan gunakan api kecil). Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus. Bila paste sudah kering, masukkan gula dan kacau sampai kering lagi. Sejukkan.

Cara membuat tat:
ramaskan butter dan tepung hingga sebati. Masukkan minyak sapi dan ramas sebati lagi. Lepas tu, bentukkanlah ikut idea masing-masing. Bakar hingga masak.

Selalunya, untuk resepi ni, baik bentukkan tat tradisional (bentuk nenas) atau tat yang menggunakan jem tart presser sebab doh tersangatlah lembut.

Cara bentukkan Tart tradisional:
bulat-bulatkan jem sebesar duit 5 sen. Doh pun sama. Bungkuskan jem dengan doh yang telah dibulat-bulatkan. lepas tu, gentel bentuk lonjong sikit, letak dalam paper cup, gunting bahagian atas tat sikit (ala-ala kulit nenas la konon). Sapu dengan kuning telur. Bakar

Selamat mencuba!

p/s: credited to kak Azyantie (my ex-colleague) for her recipes.