Thursday, February 5, 2009
Di mana Mardi, MPIB dan PPK Mata Ayer?
Sehingga kini, terdapat 4 orang daripada penduduk sekitar Mata Ayer, Perlis mencuba dengan tanaman nenas. Stok tanaman nenas kini telah mencapai sekitar 50,000 pokok di Mata Ayer sahaja. Sekitar Perlis, terdapat penanaman nenas, sedikit di Utan Aji, lebih kurang 20,000 pokok di bukit chabang (jangkaan tuaian pada Julai 2009), sedikit di batu bertangkup, sedikit di Taman Sri Wang, Arau dan sedikit di Bt. 16 (belakang SMK RPM Tg. Fauziah).
Tulisan ini bukanlah untuk 'mengondem' sesiapa, cuma ingin meluahkan suasana dalam bidang pertanian di Negeri Perlis (negeri lain tak tau lah saya). Selama penglibatan saya dalam bidang ini, tiada siapa yang mewakili pihak berkuasa yang datang untuk bertanyakan khabar mahupun menghulurkan bantuan, kecuali Disember 2008 (setelah hampir 2 tahun saya mula usahakan tanaman ini) pihak Jab. Pertanian sudi menghulurkan bantuan insentif pertanian, dapatlah RM 400, legalah sikit...
kemudian MPIB memanggil ke kursus tanaman nenas di Alor Setar.... Mardi....hmm... pegawai2 yang berpengalaman.... berlepak di pejabat,,,, nasihat yang bernas, idea yang best.... dengan nombor telefon rujukan ke sebuah kilang Jus di Paya (namun bila telefon, tak berjawab)
Kesimpulannya, badan2 kerajaan ni, nak kena petani2 yang sibuk menguruskan kebun, dan berpendapatan kecil, kena belanja pengangkutan untuk menghadap mereka dan tolong maklumkan kepada mereka.
Oklah, setakat ini dahulu, bukan apa, menteri sibuk2 dok promote pertanian, jabatan2 berkaitan betul2 support ke, saranan pertanian ni?.... kami bukannya laparkan bantuan sangat, cukupkan prihatin dan cuba support dalam khidmat nasihat seada nya...
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
memang betoi tu tuan hj. Kita
memang tak suka nak kondem sapa2 tapi inilah hakikatnya trend kebanyakan pekerja agensi kerajaan. Mengharapkan semua dibentang dan dihidangkan di depan mata. Tiada inisiatif dan kreativiti untuk mengembleng tenaga dan idea bagi memajukan sesuatu sektor yang dipertanggunjawabkan kepada mereka.
Cukup bulan jolok ATM ambik duit....
Kalau mereka fikirkan apa itu keberkatan dan bagaimana individu yang bekerja sendiri mencari rezeki, mereka patut bersyukur banyak2 kpd ALLAH SWT!!
saya ada pengalaman berurusan dgn jbtn kerajaan,terutama jbtn pertanian,perhikmatan yg di berikan bleh dikatakan 3bintang la sy beri,cuma kita memang perlu banyak kali pergi berjumpa dgn meraka itu pn cm untuk 1 kejblm lg untuk keja2 yg lain,apa pn trm kasih jg la kpd mereka krn sudi layan kita,walau pn memang itu lah keja diaorang untuk kita.
Post a Comment