Wednesday, September 24, 2008

MEMANCING DI PERLIS


GAMBAR DAN ARTIKEL LAGI

Memancing ikan puyu adalah satu aktiviti yang menarik untuk di cuba oleh pengunjung ke Perlis. Musim yang sesuai untuk aktiviti ini ialah sepanjang tahun kecuali bulan Januari sehinggga bulan Mac. Aktiviti memancing di sawah sangat unik dan mengujakan, tidak seperti memancing di kolam2 pancing. Ia sangat menguji kesabaran dan kemahiran untuk memancing ikan yang hidup di habitat asalnya.
Terdapat banyak tempat memancing di Perlis. Salah satu tempat yang popular ialah di jalan Mata Ayer, berhadapan dengan MATA AYER HOMESTAY. Boleh dikatakan pada setiap petang ramai kaki pancing, kanak2, mak cik2, pemuda, orang tua, menduga di sepanjang parit dan sawah di kawasan tersebut. Pernah seorang makcik yang 'expert' memberitahu beliau mendapat hampir 120 ekor ikan puyu sepetang di kawasan tersebut.
Kebanjiran ikan2 adalah disebabkan parit di depan Taman Perumahan Sri Lanchang yang menempatkan MATA AYER HOMESTAY adalah satu2nya jalan air dari sawah2 berdekatan mengalir ke sungai Tambun Tulang melintasi jalan besar Arau ke Kangar.

JIKA NAK MERASAI PENGALAMAN BERKELAH, BERSANTAI SAMBIL MEMANCING IKAN SAWAH, TEMPAHLAH MATA AYER HOMESTAY UNTUK APRIL 2009 NI...

APRIL INI JUGA BUAH2 ANGGUR DI BATU PAHAT MULA DITUAI

APRIL DAN MEI AKAN DATANG JUGA ADALAH MUSIM BUAH MANGGA 'HARUM MANIS'

JADI TUNGGU APA LAGI... DATANGLAH KE PERLIS HUBUNGI ASRI 019-4477475 ANDA AKAN DIBAWA KE TEMPAT2 MENARIK DI SEKITAR PERLIS



No comments: