Saturday, February 14, 2009

MATA AYER PINEAPPLE ENT. (RA 0014944-M)


Penubuhan Mata Ayer Pineapple Ent. adalah untuk memantapkan lagi usaha penanaman dan industri nenas di Mata Ayer Perlis. Langkah berikutnya adalah untuk mengusahakan industri hiliran berasaskan nenas untuk mewujudkan satu identiti khusus bagi kawasan Mata Ayer, Perlis.

Jika ke Batu Pahat, ia terkenal dengan mangga 'Harum Manis' nya, Panggas, Kubang Tiga, Padang Keria dengan Mangga Sala, Padang Besar terkenal dengan Ladang Tebu, Tambun Tulang dengan Padi, Kuala Perlis dengan ikan bakar, Mata Ayer yang terletak di tengah2 Perlis pastinya perlukan satu identiti. Dengan penubuhan entiti sempena mengambil nama Mata Ayer dan identitinya, diharapkan usaha ini berjaya.

Sedikit tentang Mata Ayer, atau spesifiknya Kariah Masjid Oran. Disinilah bermulanya nama tersohor, Tn. Hj. Ismail bin Ahmad, pengasas HPA dan penerima anugerah khas perdana menteri Malaysia pada MAHA 2007. Kami belia2 di kariah ini dididik melalui usrah yang beliau jalankan semasa awal penubuhan HPA. Usaha2 beliau pernah menjadikan Mata Ayer sebuah kawasan pengeluar pegaga terbesar di Malaysia untuk tujuan teh herba pegaga 10 tahun yang lepas. Penulis blog juga pernah terlibat dalam penanaman pegaga untuk dibekalkan kepada HPA.

cerita selanjutnya dan gambar dalam posting yang akan datang....

Saturday, February 7, 2009

Kebun nenas di sekitar Mata Ayer, Perlis

Nenas yang ditanam pada bulan Disember 2008, kat belakang rumah

Sedikit di belakang rumah
Projek ke dua besar dan terbaru, lebih kurang 19500 pokok di belakang tu. Lokasi, berdekatan dengan rumah, JV dengan tuan tanah
Projek di atas tanah Zunnasri b. Bidin (BAcct. (Hons) UUM), di Kg. Gial, Mata Ayer, Perlis. Dijangka boleh tuai pada penghujung Feb 2009.
Dah berbuah dan tunggu untuk dituai, lokasi Kg. Gial

Buah nenas yang besar dan boleh dikategori Gred AA, dari kebun Kg Gial

Thursday, February 5, 2009

Di mana Mardi, MPIB dan PPK Mata Ayer?



Sehingga kini, terdapat 4 orang daripada penduduk sekitar Mata Ayer, Perlis mencuba dengan tanaman nenas. Stok tanaman nenas kini telah mencapai sekitar 50,000 pokok di Mata Ayer sahaja. Sekitar Perlis, terdapat penanaman nenas, sedikit di Utan Aji, lebih kurang 20,000 pokok di bukit chabang (jangkaan tuaian pada Julai 2009), sedikit di batu bertangkup, sedikit di Taman Sri Wang, Arau dan sedikit di Bt. 16 (belakang SMK RPM Tg. Fauziah).



Tulisan ini bukanlah untuk 'mengondem' sesiapa, cuma ingin meluahkan suasana dalam bidang pertanian di Negeri Perlis (negeri lain tak tau lah saya). Selama penglibatan saya dalam bidang ini, tiada siapa yang mewakili pihak berkuasa yang datang untuk bertanyakan khabar mahupun menghulurkan bantuan, kecuali Disember 2008 (setelah hampir 2 tahun saya mula usahakan tanaman ini) pihak Jab. Pertanian sudi menghulurkan bantuan insentif pertanian, dapatlah RM 400, legalah sikit...
kemudian MPIB memanggil ke kursus tanaman nenas di Alor Setar.... Mardi....hmm... pegawai2 yang berpengalaman.... berlepak di pejabat,,,, nasihat yang bernas, idea yang best.... dengan nombor telefon rujukan ke sebuah kilang Jus di Paya (namun bila telefon, tak berjawab)

Kesimpulannya, badan2 kerajaan ni, nak kena petani2 yang sibuk menguruskan kebun, dan berpendapatan kecil, kena belanja pengangkutan untuk menghadap mereka dan tolong maklumkan kepada mereka.

Oklah, setakat ini dahulu, bukan apa, menteri sibuk2 dok promote pertanian, jabatan2 berkaitan betul2 support ke, saranan pertanian ni?.... kami bukannya laparkan bantuan sangat, cukupkan prihatin dan cuba support dalam khidmat nasihat seada nya...
wassalam