Wednesday, February 19, 2025

Projek Nenas Disember 2024

Projek terbaru nenas Morris di Tunjong Semadong bermula pada Disember 2024 - Mac 2025 dengan anggaran benih yang ditanam sebanyak 15,000 pokok. Hasil dijangka pada April 2026. 

Semasa tempoh penanaman, kebun telah dikunjungi oleh Jonas dan Alena dari Berlin, Germany. Mereka berkesempatan untuk mendengar penerangan tentang pokok nenas dan merasai pengalaman menanam pokok nenas.









Friday, September 30, 2022

Kutipan buah Nenas Semadong, Perlis (Jun Julai 2022)

 Selepas 1 tahun nenas morris ditanam, akhirnya pokok nenas ini mengeluarkan hasil. Nenas Morris ini tidak dihormonkan, tetapi akibat usianya yang matang, banyak pokok yang telah mengeluarkan hasil.






Friday, July 2, 2021

Pertumbuhan Nenas PLOT A08

13/7/2021

 

Hari 1- 29/6/2021

Hari 2 - 30/6/2021

Hari 3 - 1/7/2021

Hampir tiada perubahan, kerana tiada hujan selama hampir seminggu & gambar seterusnya ialah selepas hujan lebat.

Cara membuat baja kompos (buku teks Sains Pertanian)

 







Projek Kompos

 Oleh kerana baja kimia terlalu mahal, antara RM140sehingga 160 untuk baja pertumbuhan Nitro Phoska dan YaraMilla 50 kg, membuat baja dari bahan organik adalah pilihan alternatif.

Bahan utama ialah:- 

1. Tahi kambing

2. Rumput

3. Compost Tea (mikrob - bacillus subtilis dll)

4. Dolomite (pengganti kapur)


2 kaedah digunakan dengan menggunakan 2 buah lubang yang dikorek oleh Backhoe.

Kaedah 1 - menggunakan campuran tahi kambing, rumput, compost tea dan dolomite.

Kaedah 2 - menggunakan tahi kambing, dolomite dan compost tea.













Membina Stor

 Membina stor pelbagai fungsi, antaranya untuk menyimpan barang pertanian, mesin, bilik air dan tempat berteduh.

Tarikh mula bina :- 29/6/2021






Berkenduri sebelum mula kerja

Saturday, June 12, 2021

Update tanaman Nenas di Tunjong, Perlis

 12 Jun 2021, hampir 12 hari kerja-kerja menanam 16 ribu  sulur nenas Morris oleh hanya 2 orang pembantu. Tinggal sedikit lagi sulur yang belum ditanam. 

Banyak cabaran yang dihadapi, antaranya:-

1. tanah keras berketul-ketul, syukur dengan kehadiran hujan, lembut sedikit tanah.

2. permukaan tanah tidak rata, sukar mengangkut sulur2 nenas ke batas yang jauh. (kena ikhtiarkan jalan ke kawasan tengah)

3. kepanasan yang melampau, tiada tempat berteduh (beli payung untuk berhenti rehat)

4. persediaan membaja, baja belum beli lagi.