Friday, July 2, 2021

Projek Kompos

 Oleh kerana baja kimia terlalu mahal, antara RM140sehingga 160 untuk baja pertumbuhan Nitro Phoska dan YaraMilla 50 kg, membuat baja dari bahan organik adalah pilihan alternatif.

Bahan utama ialah:- 

1. Tahi kambing

2. Rumput

3. Compost Tea (mikrob - bacillus subtilis dll)

4. Dolomite (pengganti kapur)


2 kaedah digunakan dengan menggunakan 2 buah lubang yang dikorek oleh Backhoe.

Kaedah 1 - menggunakan campuran tahi kambing, rumput, compost tea dan dolomite.

Kaedah 2 - menggunakan tahi kambing, dolomite dan compost tea.













Membina Stor

 Membina stor pelbagai fungsi, antaranya untuk menyimpan barang pertanian, mesin, bilik air dan tempat berteduh.

Tarikh mula bina :- 29/6/2021






Berkenduri sebelum mula kerja

Saturday, June 12, 2021

Update tanaman Nenas di Tunjong, Perlis

 12 Jun 2021, hampir 12 hari kerja-kerja menanam 16 ribu  sulur nenas Morris oleh hanya 2 orang pembantu. Tinggal sedikit lagi sulur yang belum ditanam. 

Banyak cabaran yang dihadapi, antaranya:-

1. tanah keras berketul-ketul, syukur dengan kehadiran hujan, lembut sedikit tanah.

2. permukaan tanah tidak rata, sukar mengangkut sulur2 nenas ke batas yang jauh. (kena ikhtiarkan jalan ke kawasan tengah)

3. kepanasan yang melampau, tiada tempat berteduh (beli payung untuk berhenti rehat)

4. persediaan membaja, baja belum beli lagi.





Sunday, May 30, 2021

Projek tanaman nenas di Tunjong, Perlis

 30 Mei 2021, bermulanya projek tanaman nenas setelah kali terakhir pada tahun 2010.








Friday, October 1, 2010

Buah nenas untuk dijual



Buah Nenas dijual dalam 3 gred:-
Nenas Gred A - RM1.90
Nenas Gred B - RM 1.50
Nenas Gred C - RM 0.90
Benih nenas dan bahan input pertanian untuk tanaman nenas juga ada dijual.
Sila hubungi Asri 019-4477475
atau boleh datang sendiri ke
Mata Ayer Agri Ent.
21, Kg Hutan Temin,
02500 Mata Ayer
Kangar, Perlis
sila tempah awal

Sunday, December 20, 2009

Nenas Pelik

Buah nenas ini di tanam di kebun Alor Ara, Mata Ayer, Perlis. ianya berbentuk kipas, namun isinya agak tebal. Pokok ini dipindahkan dari kawasan tanaman asalnya dan ditanam di dalam pasu untuk pameran di kedai cikgu Cha.










Thursday, December 10, 2009

Membekalkan pelajar Unimap dengan daun nenas


























Daun2 nenas terkenal dengan fibernya, pelajar2 UNIMAP ini menggunakan daun nenas untuk kajian fiber bagi kursus ijazah kejuruteraan mereka.