Selepas 1 tahun nenas morris ditanam, akhirnya pokok nenas ini mengeluarkan hasil. Nenas Morris ini tidak dihormonkan, tetapi akibat usianya yang matang, banyak pokok yang telah mengeluarkan hasil.
Friday, September 30, 2022
Friday, July 2, 2021
Pertumbuhan Nenas PLOT A08
Projek Kompos
Oleh kerana baja kimia terlalu mahal, antara RM140sehingga 160 untuk baja pertumbuhan Nitro Phoska dan YaraMilla 50 kg, membuat baja dari bahan organik adalah pilihan alternatif.
Bahan utama ialah:-
1. Tahi kambing
2. Rumput
3. Compost Tea (mikrob - bacillus subtilis dll)
4. Dolomite (pengganti kapur)
2 kaedah digunakan dengan menggunakan 2 buah lubang yang dikorek oleh Backhoe.
Kaedah 1 - menggunakan campuran tahi kambing, rumput, compost tea dan dolomite.
Kaedah 2 - menggunakan tahi kambing, dolomite dan compost tea.
Membina Stor
Saturday, June 12, 2021
Update tanaman Nenas di Tunjong, Perlis
12 Jun 2021, hampir 12 hari kerja-kerja menanam 16 ribu sulur nenas Morris oleh hanya 2 orang pembantu. Tinggal sedikit lagi sulur yang belum ditanam.
Banyak cabaran yang dihadapi, antaranya:-
1. tanah keras berketul-ketul, syukur dengan kehadiran hujan, lembut sedikit tanah.
2. permukaan tanah tidak rata, sukar mengangkut sulur2 nenas ke batas yang jauh. (kena ikhtiarkan jalan ke kawasan tengah)
3. kepanasan yang melampau, tiada tempat berteduh (beli payung untuk berhenti rehat)
4. persediaan membaja, baja belum beli lagi.